Tuesday, 28 May 2013

impian versus target

Assalamualaikum..

terlalu lama yang amat lama giler tidak menulis.btw..sUME shat ke?hehehe tetiba teringin nak berkongsi  target dan impian aku sebelum dan selepas kawe..hahaha
sebelum kawen aku kalu boley nak 1st nak pergi menunaikan umrah, kedua nak dapatkan keta besau2 kalu boley la then yang ketiga nak ada sumber kewangan yang mencukupi untuk kahwin.haha Impian aku selepas kawen pulak ialah nak g umrah bersama suami , nak ada umah sdri n dan menjadi anak dan isteri yang solehah serta  ibu yang mithali..ok Assalamualaikum :)

Sunday, 8 July 2012

sayangi diri sendiri

Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan.

Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik.

Setiap individu, kelompok... pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain.

Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.

Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.

Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding 'perkara ranting' yang sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih sayang kita dapat mencari kebenaran... Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan 'menang' akhlak. Justeru, selamanya manusia  'dont care how much you know untill the know how much you care'.

Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan akidah, malah hingga ketahap meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin ilmu dengan kita, seharusnya dapat dielakkan. Kekadang saya melihat, soal peribadi sudah mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti hujah tetapi kedengkian bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya. Bukan menuding orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan mengingatkan yang lain.

Pandanglah manusia lain dengan pandangan sayang. Semua muslim bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana saraf iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih sayang. Jika mereka  bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih sayang kita. Apatah lagi jika sekadar 'ter'salah.

Kesukaran mendidik diri sewajarnya meningkatkan kesabaran kita mendidik orang lain. Jangan kasar. Jangan marah. Perlembutkan bahasa, lunakkan sentuhan... kemukakan hujah secara ilmiah dengan bujukan dan kemesraan. Begitu Rasulullah saw mengajar kita. Yang benar, mesti diperjuangkan secara yang benar juga. Kesalahan orang lain, jangan diledakkan di khalayak ramai (termasuk laman sosial di internet) tanpa bersemuka dengan yang berkenaan terlebih dahulu. Dan sebelum bersemuka, tanamkan dalam hati... aku berbuat demikian demi kasih sayang dan cintaku kepada saudara muslim ku.

Siapa yang mencari kebaikan, akan bertemu kebaikan. Orang yang baik berhak bertemu dengan orang yang baik sepanjang perjalanan hidupnya. Sekalipun, dia bertemu dengan 'orang yang jahat' namun kebaikan jualah yang akan dapat dirasai daripada kejahatan itu. Bukan soal siapa yang kita temui, tetapi siapa kita ketika menemui mereka.

Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik... tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.

Insya-Allah, jika kita berani berbuat demikian, belenggu yang mengikat hati dan diri kita akan terungkai. Kita akan terbang lebih tinggi setelah belenggu itu terungkai. Dia pun akan melonjak lebih jauh tanpa kehadiran kita di sisi. Begitulah, kekadang perpisahan itu lebih baik daripada pertemuan... asalkan tidak ada permusuhan.

Apapun, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain... kerana itu petanda kesempurnaan iman:

SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN

"Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini," kelohnya perlahan.

"Puan telah terkorban," balas saya juga perlahan.

"Saya terkorban kerana berkorban."

Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.

Saya masih ingat kata-kata suaminya, "Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak... "

Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40'an ini.

"Puan, berkorban tidak semestinya terkorban..." pujuk saya perlahan.

"Mengapa ustaz kata begitu?"

"Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat," kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.

"Entahlah... saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini..."

Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, "Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. "

"Lalu... kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?" tanya saya kepada suaminya.

"Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. "

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin...membakar diri untuk menerangi orang lain.

"Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?" tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.

"Salah puan memang ada..." jawab saya.

"Salah saya?" dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.

"Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain," jawab saya pendek.

"Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!"

"Sekalipun kepada anak sendiri."

"Itu mementingkan diri namanya!"

"Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan," pintas saya. Nampaknya, saya telah 'berjaya' membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.

"Mengapa demikian?"

"Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang," terang saya.

Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.

"Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat... apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang."

"Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan," rayu wanita itu.

"Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti."

Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?

"Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak."

"Maksudnya ustaz?"

"Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit... dan sekarang anak-anak terabai! "

Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, "Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri." Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,"Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri... akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!"

"Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi..."

"Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini... Apa yang sedang berlaku sekarang?"

"Saya sedang sakit..."jawab ibu itu.

"Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!"

"Maksud ustaz?"

"Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu."

Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,"Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam."

"Ustaz, saya akan sembuh?"

"Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah... bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya."

"Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah..."

"Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!"

- Artikel iluvislam.com

Kasih sayang Rasullah terhadap umatnya

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di 
saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.

Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." 

Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua." 

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku." 

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?

Sumber: Dipetik daripada www.iluvislam.com

♥ cinta ALLAH kekal abadi ♥

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkan lah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh
ke dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rahman,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan lah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya kepada Mu
Agar bertambah kekuatanku
untuk menyintai Mu...

Ya Rahim,
Jika aku merindui seseorang,
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Aziz,
Jika aku menikmati cinta hamba Mu,
Janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
betapa indahnya beribadat kepada Mu...

Ya Rabbana,
Jika aku bersedih
kerana seseorang menjauhiku,
Kuatkan lah hati & keimananku,
Agar aku tidak jauh dari kasih sayang Mu...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, 18 April 2012

Pertemuan ke sana..Allhamdulillah

syukur Alhamdulillah aku masih lagi dsini agak lama juga aku x meng update kn blog nie..terasa sedikit laen apabila menulis blog nie..Banyak yang ingin dikongsi  di saat gembira dan duka...Alhamdulillah akhirnya aku sampai jua  ke rumah Allah  pada 21 mac 2012 detik yg tidak akan aku lupakan sampai bila2..perasaan ketika mula2 melihat kaabah tidak dapat nak digambarkan ketika itu sebak bercampur gembira n sedih hanya mampu berkata ya ALLAH aku sampai ke rumahmu..
Hanya linangan airmata bermain di pipi..sungguh indah dan hanya mampu mengucap SUBHANALLAH..bertapa agungnya..disaat aku sampai disana jiwaku sangat tenang dan aman..Pengalaman yang sangat indah bagiku ketika berada di bumi itu dan disaat itu aku mula jatuh hati kepada mekah al mukarammah...Ya Allah besarnya kebesaranmu..sekali lagi linangan air mata jatuh ke pipi...Thanks kepada parent aku kerana sudi membawaku n adikku ke sana setidaknya aku dapat merasai kemanisan berada disana..
Ya Allah AMpunkanlah segala dosa2ku yang x terhintung banyaknyer..ALHAMDULLILAH kerana telah menghantarku ke sana..syukur dengan nikmatmu ya allah..banyak pengalaman dan pedoman  serta  pengajaran yang aku dapat ketika disana..Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk pergi ke masjidilharam dimana masjid yang sungguh indah byk fadilat jika sembahyang disana iaitu 100,000 darjat berbanding smbhyg di masjid biasa hanya 27 darjat..,selain itu aku dapat juga berdoa di jabar rahmah dimana merupakan tempat pertemuan nabi adam dan hawa,,disitu doa untuk mendapat jodoh sgt mustajab,selain itu aku juga berpeluang menjejak kaki ke gua hira disitu merupakan tempat persembunyian nabi Muhammad ,
Allahmdulillah akhirnya sampai juga aku ke sana walau bergitu byk cabaran...di gua thur,ladang unta pm aku sempat juga ke sana,,byk juga tempat yang aku lawati...pengalaman manis 2012 yang pasti tidak aku lupakan sampai bila2..Insyallah aku ingin menjejakkan kaki lagi ke sana..muda-an aku di beri lagi peluang untuk ke sana..Ketika dimadinah aku sempat masuk ke dalam Raudhah tempat dimana sgt mustajab untuk berdoa..Disuatu saat nanti Raudhah ini akan diangkat kembali ke dalam syurga..Barang siapa berdoa di Raudhah , Raudhah ini akan menjadi saksi pada hari khiamat nanti..wallahuallam..

Saturday, 6 August 2011

tip menghakis tabiat buruk

TABIAT suka mengumpat perlu dihindari kerana ia merosakkan hubungan sesama manusia.

TANPA disedari setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk diubah. Berbicara mengenainya, sebenarnya terdapat pelbagai tabiat buruk yang dimiliki manusia. Sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat dengan jelas pada kelakuan seharian.Sebagai contoh, setiap kali menjamah makanan, kuah lauk yang diceduk ke pinggan pasti tertumpah terkena alas meja. Sedangkan perkara ini boleh diatasi jika anda merapatkan pinggan makan pada mangkuk lauk.

Selain itu, ada juga individu yang memiliki tabiat suka meminjam barang orang. Pantang barang itu dia suka pasti diminta pinjam.Tabiat buruk lain, misalnya ada sesetengah individu yang suka mengumpat. Pantang bila diajak berbual pasti ada yang diumpatkan. Ini menyebabkan orang yang diumpat teraniaya sekali gus membuatkan individu tersebut membenci anda.Ada juga individu yang suka mencari salah orang lain. Semua pandangan orang tidak diterima. Bagi dia hanya pandangan dan kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya sahaja yang betul.Anda ingin mengikis dan seterusnya membuang tabiat buruk itu agar orang di sekeliling tidak jelek melihatnya?

 aku  senaraikan beberapa tip bagaimana menghilangkan tabiat buruk.Berperingkat-peringkatJika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat.Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.JANGAN memaksa diri untuk membuang tabiat buruk dengan drastik sebaliknya lakukan secara beransur-ansur.Beringat selaluJika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang.

Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.Kena ada kemahuan dan niatAnda ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah.Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.Selami dan fahamiSelami dan fahami dahulu tabiat buruk anda. Fikirkan impak negatif yang bakal anda peroleh jika tabiat buruk itu masih anda praktikkan.

BersabarJangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk tersebut.Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin anda beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari anda mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.TABIAT buruk ketika menikmati makanan adalah sesuatu yang harus diubah.BerdoaJika anda merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda buang.Jangan pula berdoa tetapi anda tidak berusaha untuk membuangnya. Seiringkan doa dengan usaha, lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri anda.

ramadhan kembali lagi

alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah aku dapat lagi bertemu dengan hari2 yang cukup indah iaitu RAMADHAN AL - MUBARAK..syukran jazillan..harap2 ramdhan kali ni dapat wat lg terbaik dari ramadhan sebelumnya insyallah..Moga aku menjadi insan yang  lebih tabah dan cekal menghadapi rintangan yang mendatang.. amin..peace no war :)

Friday, 15 July 2011

Penantian berakhir dengan Kegembiraan

syukur alhamdullilah jam 12 .30 berakhirla satu penantian yang berakhir dengan kegembiraan ..alhamdulliah ..thnx to my family papa n mama..tengkiu very muchh... lebiu..

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2011/2012

NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 900*****************
NAMA : NUR AIN BINTI AMAN

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM : GG10 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN)
IPTA : UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
URL SURAT TAWARAN :
Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2011 (Sabtu)  
(Klik URL SURAT TAWARAN di atas untuk mendapatkan Surat Tawaran IPTA)

CATATAN :
1) Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2011 (Sabtu).
2) Calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN pada atau sebelum 30 Julai 2011.

Sumber:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Tuesday, 5 July 2011

manusia sebaik2 ciptaan..

salam ukuwah sume ek..arini aku nak cungkilkan serba sedikitla trend mak bapak masa kini..aku cukup plek la dengan zaman sekarang x kira la dulu ke skrg bg aku sama je.. mengapa ek.. kadang2 kn mak ayh (XTERMASUK MAK BAPAK AKU K) suka berlumba2 dan bermegah2  anak siapa paling hebat, paling kaya,paling cerdik..perlu ke sume 2 untuk menunjuk2?dan kalu btol anak korang hebat perlukah anda menuar2kan kepada umum bahawa anak aku yang terhebat .

Adakah anda sedar bahawa anda sedang riak dengan kurniaan Allah walhal anda perlu lah mengucap syukur kerna kurniaan Allah bukannya canang sana sini anak aku dapat masuk u,anak aku la hebat,anak aku la kacak k or berstatus..kadang2 manusia ini lupa dimana mereka berpijak,dengan sekelip mata je sume kekayaan dan kehebatan ataupun kemegahan yang korang bangga2kan itu akan hilang dan lenyap tanpa ada sedikit amaran..walaupun anak orang lain x sehebat  dan setanding anak anda,kita sebagai umat islam haruslah hormat dan menjaga hati masing2 barulah hidup kita diberkati dan diredhai oleh Allah (tiada kekecohan tp kedamaian diminta)...aku suka mendengar petikan dari ustaz pe ntah "INSAN YANG CEMERLANG DARI HATI YANG BERSIH"..syukran jazillan..;)

Friday, 17 June 2011

ketidaksehatan kucing ku is cat..

sian kan ...

nie keadaan anak aku ketika disumbat susu dgn picagari..huhu

salam muhibah sume..agak lama kn aku x update berbelog aku nie..huhu arini aku nak bercerita pasal kucing aku..haha sape x suke jgn bce taw..huhu aku nie peminat fanatik kucing.pantang je kucing depan mate mesti nak gosok2, nk dukung2.hihih nie habit aku..sbnarnye bkn nie yg aku nk citekan..aku nak cite pasal anak kucing aku yang tidak kesehatan..dalam seminggu jgkla anak2 aku mengalami kemurungan dan hilang selera makan..

aku sebagai penjaga dan ibu angkatnye agak kerisauan jgkla..sape x wisaukn anak kite sakit..huhuhu..terpaksala aku membodek2 ayahku untuk menghantar anak2ku ke klinik veterinar..aku ase dah lame kot x datang s2..kali terakhir xsilap aku taun 2001..hahaha 11 thn kot..kelmarin aku pom bawala anak aku ke klinik untuk diperiksa kesihatannye..sampai je disane doktor dah siap sedia dengan peralatan nyer..haha mcm nak operate r plak..xla doktor  juz bg suntikan je kat 2 ekor anak aku 2..suhu anak aku xder la tahap demam cume kesejukan je kate doktor..

huhu doktor menyarankan aku bagi susu kat anak2 aku tue cz badannyer terlalu lemah...hihi thnx doktor pemurah sb bg picagari untuk digunakan dalam proses paksaan meminum susu terhadap anak2ku i2..haha kejam x kejam..ari 2 aku ader kebas susu baby aunty aku sket tp nampaknyer anak aku xsuke..kelmarin aku bg susu kambing yang ayh aku punyer..haha sowi ek papa ..haha lastly anak aku semakin pulih..tandanye diowg x makin ceria dan galak..haha arini diowg dah mkn dah..hehe nie je yg aku nk update ok ler aku nk tito plak ngantok..bye sume...muaahxx..
gmbr hiasan je knon cmnila anak aku sakit mase tyme nk kne cucuk 2..

Wednesday, 1 June 2011

luahan ati seorang insan bergelar pompuan

Andainya Lelaki tahu..

Luahan hati isteri utk suami tercinta....
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia le...mah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.  

Andainy...a lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday, 23 May 2011

adab pergaulan dengan rakan ;)

*Orang yang paling rapat dengan kita selain dari ibu bapa dan keluarga yang lain adalah kawan-kawan kita, khususnya kawan-kawan sekelas atau sekuliah. Pergaulan seharian adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan, lantaran kebanyakan masa diluangkan bersama-sama mereka.
*Dalam usaha untuk memperolehi rasa hormat dan sayang kawan-kawan terhadap diri kita, bergaullah dengan mereka secara baik dan peliharalah adab-adab dan batas-batas pergaulan dengan mereka. Insya-Allah, diri kita akan sentiasa dihormati, kehilangan kita akan sentiasa dicari dan ketiadaan kita akan terasa hambarnya persahabatan yang dirasakan oleh mereka. Jadikanlah diri kita seperti garam dalam masakan, akan tawarlah masakan tanpa garam lalu hilanglah keenakannya. Walau bagaimanapun, jangan kita merasa ego apabila merasakan diri kita seperti jaguh. Sebaliknya ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Janganlah seperti kaduk naik junjung.
Maka, di antara adab-adab pergaulan dengan kawan-kawan ialah
- Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat-amat memerlukan bantuan tersebut. Bantulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
- Bersikap jujurlah dalam persahabatan, janganlah bersifat hipokrit, yang mana lain di lidah lain pula di hati. Akibatnya diri sendiri yang akan kehilangan harga diri.
- Jangan memburuk-burukkan seseorang kawan di hadapan kawan-kawan yang lain
- Jangan membuka aib kawan, kelak Allah S.W.T. akan membuka aib kita di akhirat kelak
- Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu yang membuta tuli akan menimbulkan perasaan hasad dengki. Sebaliknya, cemburulah dengan kejayaannya itu dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang serupa.
- Janganlah menjatuhkan air muka sahabat dihadapan orang lain
- Jangan ketawa apabila seseorang rakan mengalami kegagalan
- Jangan mengejek dan memperkecil-kecilkan kawan kita. Umpanya jika seseorang rakan sekelas memberikan satu pendapat, jangan menolaknya sekali gus, katakanlah kepadanya: “pendapat anda baik”
- Jangan mengejek kawan-kawan kita dengan menggunakan panggilan yang tidak disukainya.
- Apabila berada dikalangan kawan-kawan, janganlah berbisik-bisik dengan seseorang kawan yang lain kerana ia akan mengundang syak di hati kawan-kawan yang lain.
- Apabila kita ingin menggunakan barang kepunyaan rakan kita, mintalah izin kepada mereka terlebih dahulu
- Kotakanlah setiap janji dengan sedaya upaya yang mungkin
- Akhir sekali, saling nasihat-menasihati sesama rakan untuk melakukan kebaikan dan menjauhi dari sebarang bentuk kejahatan.
*Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik kepada sahabat kita. Ini kerana, kadang-kadang kita tidak sedar bahawa perbuatan kita telah menyinggung perasaan sahabat kita.

Sunday, 8 May 2011

selamat hari ibu mama ;)

salam sume ..ape habaq sume..arap sume sehat2 la ye..ofkos sehatla kan kalu x sehat cmane nak bace berbelog ku yang x berupa mcm blog nie..hihi  awok kat cnie nak citekan pasal kelmarin..kelmarin awok kuar dating2 ngn bff awok kitowg p beli kek beb..perghhh 1st time kot aku wat cmnie...xpnh hayat lg..maklumla dulu duit xbape nak ader..tp skrg boleyla cukup2 nak blanje sket ..hee sempena hari ibu nie,semgat aku n adik berkobar2 untuk bagi something kt mama aku n mak sedre aku..pikir punye pikir ,kami sepakat untuk beli kek..woo misi aku pom bermula pada paginyer..haha 

 awal2 aku dah bgun kot x sabaq nak beli kek..hak3 destinasi aku bermula setelah mengambil diha dirumah..kami pom kemudian tanpa berlengah2 dgn semgat bekobar2 pergi ke kedai kek sweden yang berdekatan dengan taman shahbandar..huhu sampai je sane pergghh rambang mata kot sume kek nampak menarik dan sodap dimakan..lazat nyer..setelah undian ramai kami memilih blueberry kek sebagai pemenangnyer...hahaha 

kek nie xder la besar sgt (1kg je) tp harga nyer adui mengancam gk.haha botak kepala untuk sebulan.tp xpela asalkan mama suke..huhu kalu tgk kek nie agak2 sume jeleskan..ofkosla sebab kek nie sedap n tidak terlalu manis dan enak dimakan begitu saje..hihi lepas kitowg beli kek ,kitowg ape ag lepakking r lu jap kt shbndr 2..alang2 katakan..huhuhu agak koya r sket kot duk lepak pada waktu yg agak panas..koya nak jd omputih kot..hahaha lepas2 kitowg xlpe gak p lepak kt astaka ..tgk bkn maen sume tawaf tp hampeh ngn tgn kosong..hahah duit xder pokai..aduh ..huhu

 pastu agenda terakhir g mkn tghari la..huhu dibelanja oleh Mr S aku..hahaha thnx dear coz belanje kitowg..huhu laen kali saya belanje awak plak hehehe...pastu kitowg blik la...blik2 tgk2 alah mak sedre aku xder dah blik ..aduh x menjadi suprize..huhu juz meraikan untuk mama je...hehe mama terkezut gak blik2 tgk ader kek..hehe mama pom terharulah..hihi terbangga sekejap..kih3 thnx mama luv u so much...kek nie masih berjasa sampai ke hari ini coz mak sdre dtg lg untuk meraikan ari ibu di rumahku..hahaha kek dah abes..puas aty..hehehe ok sampai sini je dah mgrib..byk sgt melaluk,,,hehe bye salam sume..:)anneyo haseyo..

Tuesday, 3 May 2011

Tanda takot pada ALLAH S.W.T

Takut kepada Allah adalah salah satu bentuk ibadah yang tidak terlalu diperhatikan oleh sebagian orang-orang mukmin, padahal itu menjadi dasar beribadah dengan benar.
Firman Allah Ta’ala:
“Karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kalian kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.(Ali ‘Imran 175).
Tanda-tanda takut kepada Allah:
1.Pada lisannya.
Seseorang yang takut kepada Allah mempunyai kekhawatiran atau ketakutan sekiranya lisannya mengucapkan perkataan yang mendatangkan murka Allah. Sehingga dia menjaganya dari perkataan dusta, ghibah (bergosip) dan perkataan yang berlebih-lebihan dan tidak bermanfaat. Bahkan selalu berusaha agar lisannya senantiasa basah dan sibuk dengan berdzikir kepada Allah, dengan bacaan Al Qur’an, dan mudzakarah ilmu.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, artinya:
“Barangsiapa yang dapat menjaga (menjamin) untukku mulut dan kemaluannya, aku akan memberi jaminan kepadanya syurga”.(HR. Al Bukhari).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
“Tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu (perkataan) yang tidak berguna”. (HR. At Tirmidzi).
Kemudian dalam riwayat lain disebutkan, artinya:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berbicara yang baik, atau (kalau tidak bisa) maka agar ia diam”.(HR. Al Bukhari dan Muslim).
Begitulah, sesungguhnya seseorang itu akan memetik hasil ucapan lisannya, maka hendaklah seorang mukmin itu takut dan benar-benar menjaga lisannya.
2.Pada perutnya
Orang mukmin yang baik tidak akan memasuk kan makanan ke dalam perutnya kecuali dari yang halal, dan memakannya hanya terbatas pada kebutuhannya saja.
Firman Allah Ta’ala:
Artinya: “Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian lain diantara kamu dengan jalan yang batil”.(Al Baqarah: 188).
Ibnu Abbas menjelaskan, memakan dengan cara batil ini ada dua jalan yaitu;
Pertama dengan cara zhalim seperti merampas, menipu, mencuri, dll.
Kedua dengan jalan permainan seperti berjudi, taruhan dan lainnya.
Harta yang diperoleh dengan cara haram selamanya tidak akan menjadi baik/suci sekalipun diinfaqkan di jalan Allah.
Sufyan Ats-Tsauri menjelaskan, :
“Barangsiapa menginfaq kan harta haram (di jalan Allah) adalah seperti seseorang mencuci pakaiannya dengan air kencing, dan dosa itu tidak bisa dihapus kecuali dengan cara yang baik”.
Bahkan dijelaskan dalam riwayat yang shahih bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan, setiap jasad (daging) yang tumbuh dari harta haram maka neraka lebih pantas untuknya.
Jadi, itulah urgensi memperhatikan jalan mencari harta.
Sudahkah kita takut kepada Allah dengan menjaga agar jangan sampai perut kita dimasuki harta yang diharamkan Allah ?
3. Pada tangannya
Orang mukmin yang takut kepada Allah akan menjaga tangannya agar jangan sampai dijulurkan kepada hal-hal yang diharamkan Allah seperti: (sengaja) menyentuh wanita yang bukan muhrim,berbuat zhalim, aniaya. Dan tidak bermain dengan alat-alat permainan syetan seperti alat perjudian.
Orang mukmin selalu menggunakan tangannya untuk melakukan ketaatan, seperti bershadaqah, menolong orang lain (dengan tangannya) karena dia takut di akhirat nanti tangannya akan berbicara di hadapan Allah tentang apa yang pernah dilakukan-nya, sedangkan anggota badannya yang lain menjadi saksi atasnya.
Sebagaimana firman Allah Ta’ala:
Artinya: Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan”.(Yasin: 65).
Bahkan salah seorang ulama salaf berkata,”Sekiranya kulit saya ditempeli bara api yang panas,maka itu lebih aku sukai daripada saya harus menyentuh perempuan yang bukan muhrim”.
Itulah gambaran orang mukmin sejati yang takut kepada Allah di dalam menggunakan tangannya.
Maka bagaimanakah dengan kita?
4. Pada penglihatannya
Penglihatan merupakan nikmat Allah Ta’ala yang amat besar, maka musuh Allah yaitu syetan tidak senang kalau nikmat ini digunakan sesuai kehendak-Nya. Orang yang takut kepada Allah selalu menjaga pandangannya dan merasa takut apabila memandang sesuatu yang diharamkan Allah, tidak memandang dunia dengan pandangan yang rakus namun me-mandangnya hanya untuk ibrah (pelajaran) semata.
Pandangan merupakan panah api yang dilepaskan oleh iblis dari busurnya, maka berbahagialah bagi siapa saja yang mampu menahannya.
Allah berfirman:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,”Hendaklah mereka menahan pandangan-nya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.(An Nur: 30).
Jika kita teliti banyaknya kemaksiatan dan kemungkaran yang merajalela, seperti; perzinaan dan pemerkosaan, salah satu penyebabnya adalah ketidak mampuan seseorang menahan pandangannya. Sebab, sekali seseorang memandang, lebih dari sepuluh kali hati membayangkan. Maka, sudahkah kita menjadi orang yang takut kepada Allah dengan menahan pandangan kepada sesuatu yang diharamkanNya?
5.Pada pendengarannya
Ini perlu kita renungi bersama, sehingga seorang mukmin akan selalu menjaga pendengarannya untuk tidak mendengarkan sesuatu yang diharamkan Allah, seperti nyanyian yang mengundang birahi beserta irama musiknya, dll.
Firman Allah Ta’ala:
Artinya: “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai tanggung jawabnya”. (Al Israa’: 36).
Dan seorang mukmin akan menggunakan pendengarannya untuk hal-hal yang bermanfaat.
6. Pada kakinya
Seseorang yang takut kepada Allah akan melangkahkan kakinya ke arah ketaatan, seperti mendatangi shalat jama’ah, majlis ta’lim dan majlis dzikir. Dan takut untuk melangkahkan kakinya ke tempat-tempat maksiat serta menyesal bila terlanjur melakukannya karena ingat bahwa di hari kiamat kelak kaki akan berbicara di hadapan Allah, ke mana saja kaki melangkah, sedang bumi yang dipijaknya akan menjadi saksi.
Firman Allah Ta’ala:
Artinya: “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan”. (Yaasin: 12).
Asbabun nuzul ayat ini adalah : bahwa seorang dari Bani Salamah yang tinggal di pinggir Madinah (jauh dari masjid) merencanakan untuk pindah ke dekat masjid, maka turunlah ayat ini yang kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan bahwa bekas langkah (telapak) menuju masjid dicatat oleh Allah sebagai amal shaleh.
Semua bekas langkah kaki akan dicatat oleh Allah ke mana dilangkahkan, dan tidak ada yang tertinggal karena bumi yang diinjaknya akan mengabarkan kepada Allah tentang apa, kapan, dan di mana seseorang melakukan suatu perbuatan. Jika baik maka baiklah balasannya, tetapi jika buruk maka buruk pula balasannya. Ini semua tidak lepas dari kaki yang dilangkahkan, maka ke manakah kaki kita banyak dilangkahkan ?
7. Pada hatinya
Seorang mukmin akan selalu menjaga hatinya dengan selalu berzikir dan istighfar supaya hatinya tetap bersih, dan menjaganya dari racun-racun hati.
Seorang mukmin akan takut jika dalam hatinya muncul sifat jahat seperti buruk sangka, permusuhan, kebencian, hasad dan lain sebagainya kepada mukmin yang lain. Karena itu semua telah dilarang Allahdan RasulNya dalam rangka menjaga kesucian hati. Hati adalah penentu, apabila ia baik maka akan baik seluruh anggota tubuh, tetapi apabila ia jelek maka akan jeleklah semuanya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda“Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia jelek maka jeleklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”.(HR. Riwayat Al Bukhari dan Muslim).
Maka pernahkah kita merasa takut bila hati kita menjadi gelap?
Bahkan kita selalu merasa bahwa hati kita sama sekali tidak ada kejelekannya?
Naudzubillah.
Dari ini semua sudahkah kita termasuk orang yang takut kepada Allah ?
Maraji’: Tazkiyatun Nafs, Ibnu Rajab Al Hambali dan Ibnu Qayyim.

Monday, 25 April 2011

kelebihan hari jumaat

Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! 
1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah