Tuesday 28 May 2013

impian versus target

Assalamualaikum..

terlalu lama yang amat lama giler tidak menulis.btw..sUME shat ke?hehehe tetiba teringin nak berkongsi  target dan impian aku sebelum dan selepas kawe..hahaha
sebelum kawen aku kalu boley nak 1st nak pergi menunaikan umrah, kedua nak dapatkan keta besau2 kalu boley la then yang ketiga nak ada sumber kewangan yang mencukupi untuk kahwin.haha Impian aku selepas kawen pulak ialah nak g umrah bersama suami , nak ada umah sdri n dan menjadi anak dan isteri yang solehah serta  ibu yang mithali..ok Assalamualaikum :)

Sunday 8 July 2012

sayangi diri sendiri

Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan.

Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik.

Setiap individu, kelompok... pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain.

Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.

Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.

Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding 'perkara ranting' yang sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih sayang kita dapat mencari kebenaran... Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan 'menang' akhlak. Justeru, selamanya manusia  'dont care how much you know untill the know how much you care'.

Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan akidah, malah hingga ketahap meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin ilmu dengan kita, seharusnya dapat dielakkan. Kekadang saya melihat, soal peribadi sudah mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti hujah tetapi kedengkian bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya. Bukan menuding orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan mengingatkan yang lain.

Pandanglah manusia lain dengan pandangan sayang. Semua muslim bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana saraf iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih sayang. Jika mereka  bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih sayang kita. Apatah lagi jika sekadar 'ter'salah.

Kesukaran mendidik diri sewajarnya meningkatkan kesabaran kita mendidik orang lain. Jangan kasar. Jangan marah. Perlembutkan bahasa, lunakkan sentuhan... kemukakan hujah secara ilmiah dengan bujukan dan kemesraan. Begitu Rasulullah saw mengajar kita. Yang benar, mesti diperjuangkan secara yang benar juga. Kesalahan orang lain, jangan diledakkan di khalayak ramai (termasuk laman sosial di internet) tanpa bersemuka dengan yang berkenaan terlebih dahulu. Dan sebelum bersemuka, tanamkan dalam hati... aku berbuat demikian demi kasih sayang dan cintaku kepada saudara muslim ku.

Siapa yang mencari kebaikan, akan bertemu kebaikan. Orang yang baik berhak bertemu dengan orang yang baik sepanjang perjalanan hidupnya. Sekalipun, dia bertemu dengan 'orang yang jahat' namun kebaikan jualah yang akan dapat dirasai daripada kejahatan itu. Bukan soal siapa yang kita temui, tetapi siapa kita ketika menemui mereka.

Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik... tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.

Insya-Allah, jika kita berani berbuat demikian, belenggu yang mengikat hati dan diri kita akan terungkai. Kita akan terbang lebih tinggi setelah belenggu itu terungkai. Dia pun akan melonjak lebih jauh tanpa kehadiran kita di sisi. Begitulah, kekadang perpisahan itu lebih baik daripada pertemuan... asalkan tidak ada permusuhan.

Apapun, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain... kerana itu petanda kesempurnaan iman:

SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN

"Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini," kelohnya perlahan.

"Puan telah terkorban," balas saya juga perlahan.

"Saya terkorban kerana berkorban."

Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.

Saya masih ingat kata-kata suaminya, "Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak... "

Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40'an ini.

"Puan, berkorban tidak semestinya terkorban..." pujuk saya perlahan.

"Mengapa ustaz kata begitu?"

"Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat," kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.

"Entahlah... saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini..."

Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, "Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. "

"Lalu... kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?" tanya saya kepada suaminya.

"Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. "

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin...membakar diri untuk menerangi orang lain.

"Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?" tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.

"Salah puan memang ada..." jawab saya.

"Salah saya?" dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.

"Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain," jawab saya pendek.

"Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!"

"Sekalipun kepada anak sendiri."

"Itu mementingkan diri namanya!"

"Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan," pintas saya. Nampaknya, saya telah 'berjaya' membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.

"Mengapa demikian?"

"Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang," terang saya.

Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.

"Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat... apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang."

"Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan," rayu wanita itu.

"Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti."

Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?

"Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak."

"Maksudnya ustaz?"

"Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit... dan sekarang anak-anak terabai! "

Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, "Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri." Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,"Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri... akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!"

"Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi..."

"Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini... Apa yang sedang berlaku sekarang?"

"Saya sedang sakit..."jawab ibu itu.

"Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!"

"Maksud ustaz?"

"Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu."

Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,"Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam."

"Ustaz, saya akan sembuh?"

"Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah... bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya."

"Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah..."

"Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!"

- Artikel iluvislam.com

Kasih sayang Rasullah terhadap umatnya

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di 
saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.

Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." 

Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua." 

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku." 

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?

Sumber: Dipetik daripada www.iluvislam.com

♥ cinta ALLAH kekal abadi ♥

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkan lah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh
ke dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rahman,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan lah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya kepada Mu
Agar bertambah kekuatanku
untuk menyintai Mu...

Ya Rahim,
Jika aku merindui seseorang,
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Aziz,
Jika aku menikmati cinta hamba Mu,
Janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
betapa indahnya beribadat kepada Mu...

Ya Rabbana,
Jika aku bersedih
kerana seseorang menjauhiku,
Kuatkan lah hati & keimananku,
Agar aku tidak jauh dari kasih sayang Mu...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday 18 April 2012

Pertemuan ke sana..Allhamdulillah

syukur Alhamdulillah aku masih lagi dsini agak lama juga aku x meng update kn blog nie..terasa sedikit laen apabila menulis blog nie..Banyak yang ingin dikongsi  di saat gembira dan duka...Alhamdulillah akhirnya aku sampai jua  ke rumah Allah  pada 21 mac 2012 detik yg tidak akan aku lupakan sampai bila2..perasaan ketika mula2 melihat kaabah tidak dapat nak digambarkan ketika itu sebak bercampur gembira n sedih hanya mampu berkata ya ALLAH aku sampai ke rumahmu..
Hanya linangan airmata bermain di pipi..sungguh indah dan hanya mampu mengucap SUBHANALLAH..bertapa agungnya..disaat aku sampai disana jiwaku sangat tenang dan aman..Pengalaman yang sangat indah bagiku ketika berada di bumi itu dan disaat itu aku mula jatuh hati kepada mekah al mukarammah...Ya Allah besarnya kebesaranmu..sekali lagi linangan air mata jatuh ke pipi...Thanks kepada parent aku kerana sudi membawaku n adikku ke sana setidaknya aku dapat merasai kemanisan berada disana..
Ya Allah AMpunkanlah segala dosa2ku yang x terhintung banyaknyer..ALHAMDULLILAH kerana telah menghantarku ke sana..syukur dengan nikmatmu ya allah..banyak pengalaman dan pedoman  serta  pengajaran yang aku dapat ketika disana..Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk pergi ke masjidilharam dimana masjid yang sungguh indah byk fadilat jika sembahyang disana iaitu 100,000 darjat berbanding smbhyg di masjid biasa hanya 27 darjat..,selain itu aku dapat juga berdoa di jabar rahmah dimana merupakan tempat pertemuan nabi adam dan hawa,,disitu doa untuk mendapat jodoh sgt mustajab,selain itu aku juga berpeluang menjejak kaki ke gua hira disitu merupakan tempat persembunyian nabi Muhammad ,
Allahmdulillah akhirnya sampai juga aku ke sana walau bergitu byk cabaran...di gua thur,ladang unta pm aku sempat juga ke sana,,byk juga tempat yang aku lawati...pengalaman manis 2012 yang pasti tidak aku lupakan sampai bila2..Insyallah aku ingin menjejakkan kaki lagi ke sana..muda-an aku di beri lagi peluang untuk ke sana..Ketika dimadinah aku sempat masuk ke dalam Raudhah tempat dimana sgt mustajab untuk berdoa..Disuatu saat nanti Raudhah ini akan diangkat kembali ke dalam syurga..Barang siapa berdoa di Raudhah , Raudhah ini akan menjadi saksi pada hari khiamat nanti..wallahuallam..

Saturday 6 August 2011

tip menghakis tabiat buruk

TABIAT suka mengumpat perlu dihindari kerana ia merosakkan hubungan sesama manusia.

TANPA disedari setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk diubah. Berbicara mengenainya, sebenarnya terdapat pelbagai tabiat buruk yang dimiliki manusia. Sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat dengan jelas pada kelakuan seharian.Sebagai contoh, setiap kali menjamah makanan, kuah lauk yang diceduk ke pinggan pasti tertumpah terkena alas meja. Sedangkan perkara ini boleh diatasi jika anda merapatkan pinggan makan pada mangkuk lauk.

Selain itu, ada juga individu yang memiliki tabiat suka meminjam barang orang. Pantang barang itu dia suka pasti diminta pinjam.Tabiat buruk lain, misalnya ada sesetengah individu yang suka mengumpat. Pantang bila diajak berbual pasti ada yang diumpatkan. Ini menyebabkan orang yang diumpat teraniaya sekali gus membuatkan individu tersebut membenci anda.Ada juga individu yang suka mencari salah orang lain. Semua pandangan orang tidak diterima. Bagi dia hanya pandangan dan kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya sahaja yang betul.Anda ingin mengikis dan seterusnya membuang tabiat buruk itu agar orang di sekeliling tidak jelek melihatnya?

 aku  senaraikan beberapa tip bagaimana menghilangkan tabiat buruk.Berperingkat-peringkatJika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat.Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.JANGAN memaksa diri untuk membuang tabiat buruk dengan drastik sebaliknya lakukan secara beransur-ansur.Beringat selaluJika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang.

Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.Kena ada kemahuan dan niatAnda ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah.Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.Selami dan fahamiSelami dan fahami dahulu tabiat buruk anda. Fikirkan impak negatif yang bakal anda peroleh jika tabiat buruk itu masih anda praktikkan.

BersabarJangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk tersebut.Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin anda beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari anda mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.TABIAT buruk ketika menikmati makanan adalah sesuatu yang harus diubah.BerdoaJika anda merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda buang.Jangan pula berdoa tetapi anda tidak berusaha untuk membuangnya. Seiringkan doa dengan usaha, lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri anda.

ramadhan kembali lagi

alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah aku dapat lagi bertemu dengan hari2 yang cukup indah iaitu RAMADHAN AL - MUBARAK..syukran jazillan..harap2 ramdhan kali ni dapat wat lg terbaik dari ramadhan sebelumnya insyallah..Moga aku menjadi insan yang  lebih tabah dan cekal menghadapi rintangan yang mendatang.. amin..peace no war :)